PopMuda Post 4: Top 10 Cerita Sejarah untuk Dibikin Dokumentari

Banyak orang tanya apasal aku minat nak persoal & gali semula sejarah negara kita? Aku fikir jawapannya terletak dalam salah satu buku novel favourite gua, George Orwell’s ‘Nineteen Eighty Four’.
Buku ni cerita pasal sorang mamat kakitangan kerajaan nama Winston Smith, yang persoalkan Parti pemerintah negara dia yang gunakan sejarah sebagai alat propaganda & control. Winston akhirnya rebelled & bangun memberontak against his oppressive government. Ada satu quote dalam buku ni yang melekat dalam kepala otak aku sampai sekarang. It was the motto of the authoritarian ruling Party:
“Those who control the past, control the future; Those who control the future, control the present; Those who control the present, control the past.”
Sejak 2007, aku dah gali semula dua cerita sejarah pasal ‘Hartal Se-Malaya 1947’ dan ‘Revolusi Malaya 1948-1957’ dalam dokumentari gua. Jadi hari ni, untuk post terakhir PopMuda, gua mau kongsi Top 10 cerita sejarah paling gempak yang wajib digali semula dan dibikin dokumentari supaya those who control our present, won’t control us any longer in the future! :)![]()
#10. Malayan anarchist movement 1919-1925
Suatu masa dulu, sebelum gerakan komunis mula bertapak di Malaya, anarkis dah muncul dulu beb! Dorang siap set-up Anarchist Federation dan publish paper sendiri! Don’t play play.![]()
#9. Sarawak Communist movement 1963-1990
Suatu masa dulu, bukan kat Malaya je ada gerakan komunis, kat Sarawak pun ada lah! Dorang pun angkat senjata gak macam komunis kat Semenanjung!![]()
#8. Malayan Trade Union movement 1945-1948
Suatu masa dulu, kesatuan buruh kita cukup besar, sangat radikal dan merah kalau dibanding dengan sekarang… semuanya kuning belaka! Dorang berjaya satukan beratus ribu buruh dalam Pan-Malayan Federation of Trade Unions dan lancar beratus-ratus mogok untuk menuntut hak pekerja!
#7. Fron Sosialis 1957-1966 
Suatu masa dulu, idea sosialisme takde lah alien pada rakyat, bukan macam sekarang. The socialists back then pernah bikin satu front gabungan dua parti sosialis terbesar di Malaya, Parti Rakyat Malaya dengan Parti Buruh Malaya.![]()
#6. Ops Lalang 1987
Suatu masa dulu, masa gua masih kat sekolah rendah, kerajaan lancar operasi crack-down besar-besaran pegi tangkap 106 orang aktivis politik & pemimpin pembangkang bawah ISA. Lepas Ops ni kerajaan pergi pinda banyak akta dalam perlembagaan kita untuk sekat kebebasan rakyat.![]()
#5. Bukit Asahan Long March 1967
Suatu masa dulu, beribu-ribu buruh penoreh getah kat estet Bukit Asahan, Melaka dah bersatu tubuhkan union & lancar mogok 75 hari to fight against oppression dan eksploitation dari pemilik ladang! Perjuangan sampai kemuncak pada 14 April 1967 bila dorang ramai2 berarak dari Bukit Asahan ke KL sebagai tanda protes pada kerajaan!![]()
#4. Mogok Utusan 1961
Suatu masa dulu, bukan buruh estet, buruh lombong, dan buruh kilang je yang mogok, wartawan pun join sama! Pada 21 Julai 1961, lebih kurang 100 orang wartawan & pekerja akhbar Utusan Melayu bersatu cuba pertahankan press freedom dengan lancar mogok sebagai protes sebab UMNO mau take-over Utusan! Tapi akhirnya UMNO berjaya take-over jugak. Sebab tu sekarang Utusan sucks!![]()
#3. Baling protest 1974
Suatu masa dulu, hampir berlaku ‘Rural Revolution’ bila lebih 13,000 rakyat petani miskin dari Baling, Kedah turun ke jalan lancar protest dari September sampai November 1974!![]()
#2. Student protest movement 1967-1974
Suatu masa dulu, mahasiswa universiti berani bersuara dan tak takut untuk bangun melawan penindasan kerajaan terhadap rakyat miskin, bukan macam student sekarang yang tak kisah sangat pasal politik dan takut sama akta!![]()
#1. Peristiwa 13 Mei 1969
Suatu masa dulu, berlaku episod paling berdarah dalam sejarah perhubungan kaum lepas Merdeka. Dari dulu aku wonder kenapa takde orang nak bikin dokumentari pasal 13 Mei? Orang selalu kata, we often fear things that we don’t understand. Lepas 40 tahun, aku fikir dah sampai masa untuk kita semua tau apa yang benar2 berlaku masa 13 Mei supaya kita tak boleh ditakutkan lagi…![]()
Aku harap bukan aku sorang je yang minat nak buat filem pasal cerita2 sejarah yang dah digelapkan ni. Kalau nak tunggu aku yang buat semua, leceh lah beb. So I hope, some of you are inspired enough to buat yang apa aku dah buat, to pick up a camera and DIY! Aiya, kalau aku boleh buat, surely anyone also can lah! :)
Viva la resistance! Peace out!
x Fahmi Reza